Saturday, 7 May 2016

Mood rajin nak masak untuk anak2

Semalam, Jumaat... suami g beli makanan kat pasar malam utk dia berbuka puasa. Dia beli nasi kerabu, nasi dagang ng mihun sup... aku makan nasi kerabu, dia nasi dagang. Anak2 3org tu kongsi mihun sup. Bbdk ni, kkdg beli bukan nak makan sgt, sbb tu xnak mbazir, beli jerlh 1bungkus. Nk jadi ceritanya, y sebungkus tu menjadi rebutan. Kesian plak si angah ni, lmbt dtg makan, xsempat lgsg merasa mihun tu... y si ilmiy ng nana buat xtahu jer, hirup sup sepuas hati. Aku pn ckp, esok ummi buat yer...
"ummi pandai ker?? " nana tny
Terkedu aku nak jwb. Mmglah xpndi, terfikir nak google. Anak dh memahami ibunya.... 😂😂😂... tercabar i. Oleh sbb itu aku berazam nk bljr buat sup. Sbb utama adalah anak2 aku mmg suka sgt sup.

Td dh google, ini resepi y berkenan dhati.. pas cuba nnt, i bg review yer.
Berikut resepinya

Sup Ayam / Daging.

Bahan-bahan

(Attn: portion ikut korang. yang ni suka hati je haha-_-)
Ayam/Daging  - 200g - 300g
Kentang - potong wedges/dadu
Lobak - potong bulat
Bawang besar - separuh biji
Bawang putih - 2 ulas
Halia - setengah inci
Jintan Putih - 1 tbs
Serbuk ketumbar - 1 tbs
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga (rempah 3 serangkai)
garam, gula
air

Cara-cara

1. Rebus lobak, kentang (kalau sup daging, rebus sekali masa ni) sampai empuk dalam periuk. Tabur sedikit garam.

2. Blender/tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, serbuk ketumbar (kalau blender, masukkan air sikit lah kan).

3. dalam kuali, masukkan sedikit minyak masak, kemudian tumis bahan yang dah diblend tadi, bersama dengan rempah 3 serangkai tadi, masak sampai wangi. kalau masak sup ayam, masukkan ayam dan gaul sebati.

4. bila ayam tu macam dah half masak, masukkan bahan tumis tadi kedalam periuk yang ada lobak & kentang yang almost empuk tu. biarkan mereneh dalam 20 minit ke. lagi lama lagi sedap. siap.

tadaaaa.... xsabar nk cuba. selamat berjaya utk diriku.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment