Cara buat blog sendiri. Masih ramai yang email saya tanya cara-cara buat blog sendiri. Bukan semua orang tahu buat blog sendiri. Jadi, kesempatan yang ada, saya akan beritahu langkah demi langkah cara nak buat blog sendiri. Cara buat blog yang akan saya kongsikan ialah cara buat blog sendiri menerusi blogspot.com. Ia platform berblogging percuma, dan ia ada banyak kelebihan tersendiri, khusus untuk mereka yang baru nak menceburi dunia blog Malaysia.
Buat blog menerusi platform blogspot adalah percuma, tetapi anda haruslah mempunyai akaun dengan Google. Ini adalah kerana blogspot atau blogger.com adalah sebahagian daripada Google. Cara terbaik untuk dapatkan akuan percuma blogspot (blogger.com) ialah dengan daftar percuma sebuah akaun Gmail (email). Anda boleh juga daftar guna alamat email lain seperti Yahoo dan sebagainya, tetapi anda akan kehilangan kelebihan yang diberikan untuk seorang pemilik akaun Google