Monday, 9 May 2016

Ilmu itu milik Allah swt

Dah sekian lamanya xbuat brownies, hrni tetiba rasa nak makan brownies... mgg lepas rs brownies mek L__ tu buat. hmm, xbrp sedap. komen dlm hati. xbrp memuaskan teksturnya.... hrni td tetiba ternampak ada org y xpuas hati ng aku tu order loyang brownies jgk, hahha... sblm ni nak tegak benang basah dia jgk... sombong, ego.. hish, xbleh blahlah aku ng dia. cakap besar.... dlm. hati nk gelakkan dia.

eh tertukar topik plak. tentang brownies aku td... punyalah lama xbuat, tetiba hrni buat. dengan yakinnya nk buat dlm masa15min jer...

posted from Bloggeroid

Saturday, 7 May 2016

Mood rajin nak masak untuk anak2

Semalam, Jumaat... suami g beli makanan kat pasar malam utk dia berbuka puasa. Dia beli nasi kerabu, nasi dagang ng mihun sup... aku makan nasi kerabu, dia nasi dagang. Anak2 3org tu kongsi mihun sup. Bbdk ni, kkdg beli bukan nak makan sgt, sbb tu xnak mbazir, beli jerlh 1bungkus. Nk jadi ceritanya, y sebungkus tu menjadi rebutan. Kesian plak si angah ni, lmbt dtg makan, xsempat lgsg merasa mihun tu... y si ilmiy ng nana buat xtahu jer, hirup sup sepuas hati. Aku pn ckp, esok ummi buat yer...
"ummi pandai ker?? " nana tny
Terkedu aku nak jwb. Mmglah xpndi, terfikir nak google. Anak dh memahami ibunya.... 😂😂😂... tercabar i. Oleh sbb itu aku berazam nk bljr buat sup. Sbb utama adalah anak2 aku mmg suka sgt sup.

Td dh google, ini resepi y berkenan dhati.. pas cuba nnt, i bg review yer.
Berikut resepinya

Sup Ayam / Daging.

Bahan-bahan

(Attn: portion ikut korang. yang ni suka hati je haha-_-)
Ayam/Daging  - 200g - 300g
Kentang - potong wedges/dadu
Lobak - potong bulat
Bawang besar - separuh biji
Bawang putih - 2 ulas
Halia - setengah inci
Jintan Putih - 1 tbs
Serbuk ketumbar - 1 tbs
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga (rempah 3 serangkai)
garam, gula
air

Cara-cara

1. Rebus lobak, kentang (kalau sup daging, rebus sekali masa ni) sampai empuk dalam periuk. Tabur sedikit garam.

2. Blender/tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, serbuk ketumbar (kalau blender, masukkan air sikit lah kan).

3. dalam kuali, masukkan sedikit minyak masak, kemudian tumis bahan yang dah diblend tadi, bersama dengan rempah 3 serangkai tadi, masak sampai wangi. kalau masak sup ayam, masukkan ayam dan gaul sebati.

4. bila ayam tu macam dah half masak, masukkan bahan tumis tadi kedalam periuk yang ada lobak & kentang yang almost empuk tu. biarkan mereneh dalam 20 minit ke. lagi lama lagi sedap. siap.

tadaaaa.... xsabar nk cuba. selamat berjaya utk diriku.
posted from Bloggeroid

Dengki

Sejak kebelakangan ni, perkataan ini sering bermain difikiran aku....kenapa org dengki dengan aku sehingha sanggup menfitnah aku dgn plbg cara, sehinggakan ada org y termakan fitnah itu memusuhi aku...dan cmn bleh wujud org bermuka dua?? Dpn cerita lain, blkg cerita lain... buat masa skrg aku sgt takut utk bcakap dengan sesiapa kat sekolah tu sbb aku nampak semua org bermuka dua, xlah semua, ada segelintir y tidak, tp 60-40...huish ngeri...

Tapi aku pegang sekarang, klu ada orang dengki itu, maknanya aku lebih pada dia...ada lh tu apa y dia rasa aku lebih pada dia, hahahha..lawaklah.

PEGANG PETIKAN DI BAWAH NI:::

Jika ada orang bicara mengenai kita DI BELAKANG, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada DI DEPAN...

Saat orang MERENDAH-RENDAHKAN diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang LEBIH TINGGI...

Saat orang bicara dengan NADA IRI HATI mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka...

Saat orang BICARA BURUK mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH BAHAGIA dari mereka...

"Payung kita tidak dapat menghentikan hujan... Tapi blh membuat kita berjalan meredah hujan untuk mencapai tujuan..."

Jangan peduli apa orang kata...yg penting kita tahu siapa diri kita.

Sentiasalah lakukan yg trbaik, bercakap yg baik, beri yg terbaik dan mudah2an Allah membalas yg trbaik kpd kita